Kedai makan kecil waktu malam, cahaya amber melimpah dari pintu kaca ke jalan basah

CBC

Chicken Burger Crispy

Sebelum pintu tu buka,
sistem abe dah sedia.

Untuk abe · Julai 2026
Hafiz · Sifat Sahabat Sdn Bhd

Apa yang saya faham

Ini perkataan abe sendiri, dari voice note tu.

“Tengok belaka semua cawangan dari jauh”

Tak kira abe kat mana, abe boleh tengok apa yang jadi kat setiap kedai.

“Tengok serentak, ataupun secara overall”

Cawangan 1, 2, 3, 4 berasingan, atau semua digabung jadi satu gambaran.

“Boleh letak cawangan satu, dua, tiga, empat”

Buka kedai baru, sistem ikut. Bukan kena bina semula.

“Yang paling mudah, senang saya handle”

Ini yang abe ulang paling banyak. Saya dengar.

Jualan hari ni

RM4,182

7 hari lepas

Kuala TerengganuRM2,340
Cawangan 2RM1,842
1 benda nak tengokStok patty tak sepadan di Cawangan 2
Contoh paparan telefon owner. Semua kedai dalam satu skrin.

Kalau ada yang saya tersalah faham, betulkan saya sebelum kita mula.

Satu benda abe tak sebut

Kedai burger jual banyak, harga kecil, banyak duit tunai, buka malam, staf silih berganti, dan owner selalunya tak ada kat kedai.

Masalahnya biasanya bukan jualan. Jualan nampak okey je.

Yang jadi, benda hilang sikit-sikit. Patty keluar dari peti tapi tak masuk dalam jualan. Duit tunai tak sempat masuk. Bagi kawan. “Rosak” yang sebenarnya tak rosak.

Sikit-sikit setiap hari. Hujung bulan baru perasan nombor tak kena, dan masa tu dah tak boleh nak kesan balik.

Sistem ni bukan setakat bagi abe tengok. Ia bandingkan apa yang sepatutnya tinggal denganapa yang betul-betul tinggal, setiap shift, kedai demi kedai.

Tutup shift · Cawangan 2 · 11:40 malam

BahanPatut adaAdaBeza
Bun52520
Patty ayam4841−7
Keju3029−1

7 patty keluar tapi tak ada dalam jualan. Nilai lebih kurang RM24.50.

Contoh paparan. Sistem bandingkan patut ada dengan betul-betul ada, setiap shift.

Berapa sebenarnya ia berharga untuk abe?

Cuba tarik ikut kedai abe.

Kalau dibiar, macam ni ia bertimbun sepanjang tahunRM0
Bulan 1Bulan 12
Sehari0
Sebulan0

Setahun, satu kedai

0

Setahun, bila dah 10 kedai

0

5% tu andaian berhemah. Kedai yang owner tak ada dan staf silih berganti selalunya lagi tinggi. Abe tarik sendiri kalau rasa angka tu tak kena.

Saya tak janji sistem ni jumpa semua tu. Tapi kalau ia jumpa sebahagian je pun, ia dah bayar dirinya sendiri, dan ia terus jaga setiap hari lepas tu.

Apa yang abe dapat

KaunterJual walaupun internet putus
Staf tekan, cetak resit, ambil duit. Internet putus pun jualan tetap jalan, dan masuk sistem bila internet balik. Kedai tak pernah berhenti sebab wifi.
StokKira sampai bahan
Bukan setakat berapa burger tinggal. Sistem tahu satu burger guna satu patty, satu bun, sekian keju, sekian sos. Jual satu, semua tu tolak sendiri.
OwnerTengok dari telefon
Jualan hari ni. Kedai mana laju, mana lembab. Stok mana tak kena. Semua dari telefon abe, bila-bila.
ShiftBuka dan tutup dengan kira
Mula shift kira stok, habis shift kira balik. Sistem beritahu apa yang tak sepadan, terus, bukan hujung bulan.
2 × Ayam Crispy17.80
1 × Set + Fries12.90
JumlahRM30.70
Bayar
Contoh paparan kaunter. Tiga tekan siap satu order.

Lepas tu, bila abe perlu

Yang atas tu untuk mula berniaga. Bawah ni benda yang owner biasanya mula tanya bila kedai dah jalan.

Ini bukan senarai yang abe kena bayar sekarang.

Ia senarai yang dah sedia ada. Abe minta bila abe rasa dah perlu.

  1. Hari ni jual berapa?

    Mula sini

    Jual di kaunter · Menu dan harga · Tutup shift, kira tunai · Tengok jualan dari telefon

  2. Stok aku ke mana?

    Bila kedai dah stabil

    Resipi setiap burger · Terima stok masuk · Kira stok masa tutup shift · Beza patut ada vs ada · Rekod buang dan makan staf

  3. Aku untung tak?

    Bila stok dah masuk

    Kos bahan setiap burger · Perbelanjaan sewa, api, gaji · Snap resit, sistem baca sendiri · Untung rugi bulanan

  4. Siapa datang kerja?

    Bila staf dah ramai

    Clock in dan clock out · Jadual shift · Cuti

  5. Bila nak order bahan?

    Bila dah rimas order manual

    Paras stok minimum · Order ke supplier · Terima dan padan dengan order

  6. Kedai mana paling elok?

    Bila dah 3 kedai ke atas

    Banding semua kedai · Pindah stok antara kedai · Ramalan jualan

Abe tak boleh tengok nombor yang sistem tak kutip. Sebab tu turutan ni penting. Jualan kena masuk dulu sebelum stok boleh dikira, dan stok kena masuk dulu sebelum untung boleh dikira betul-betul.

Macam mana bayaran jalan

Saya tak jual pakej. Saya bina ikut keperluan abe, dan abe bayar ikut kerja yang berlaku.

RM3,000

Setup, sekali sahaja

Server, sistem, semua disediakan dan naik.

RM100/jam

Kerja pembangunan

Setiap jam saya kerja direkod automatik oleh satu tool bernama Wakatime. Bukan saya kira sendiri.

Mingguan

Cut-off setiap minggu

Hujung minggu saya tutup kira, hantar log jam sekali dengan invois. Abe bayar untuk kerja yang dah siap je.

Abe tak pernah terikat lebih daripada satu minggu ke hadapan.

Tak ada bayaran besar sekali gus. Setiap minggu abe nampak kerja yang siap, dan abe boleh cakap teruskan atau berhenti. Kalau abe rasa tak berbaloi minggu ketiga, abe berhenti minggu ketiga.

Sistem macam ni memang tak ada penghujung. Bila abe buka kedai baru, mesti ada benda nak tambah. Jadi saya rasa lebih jujur kalau abe bayar bila abe perlu, daripada saya caj satu harga besar untuk benda yang saya sendiri tak tahu berapa banyak abe akan guna.

Macam mana kita kerja

Semua kerja saya buat dari jauh. Abe tak payah tunggu saya datang kedai, dan itu sebenarnya bagus untuk abe, sebab benda yang rosak hari Isnin tak perlu tunggu saya free hujung minggu.

  1. Minggu 1

    Saya siapkan sistem dan hantar link. Abe terus boleh buka atas telefon dan tengok.

  2. Abe dan staf cuba

    Guna macam biasa. Ada yang tak kena, ada yang abe nak tambah, WhatsApp saya. Tak payah formal, screenshot pun boleh.

  3. Saya betulkan, hantar balik

    Abe cuba lagi. Macam tu berulang setiap minggu. Sistem jadi ikut cara abe kerja, bukan abe ikut sistem.

  4. Data abe, abe yang isi

    Menu, harga, resipi, stok, abe masukkan sendiri. Saya tunjuk sekali macam mana. Lepas tu abe tak perlu tunggu saya untuk tukar harga.

  5. Bulan pertama lepas buka

    Ini bulan paling penting. Duit betul, staf betul, masalah betul mula keluar. Masa tu saya paling dekat.

Kenapa saya

Sifat Sahabat Sdn Bhd, syarikat berdaftar 202301010145 (1504066-V).

Saya bukan baru nak cuba benda ni. Sistem serupa untuk satu rangkaian F&B multi-outlet dah saya bina, dan ia hidup, berjalan hari ini. Jual, kira stok sampai bahan, dan owner tengok semua cawangan dari telefon.

Maknanya untuk CBC saya tak bermula dari kosong. Bahagian paling susah, iaitu kira bahan, jual masa internet putus dan gabung banyak cawangan, semua tu dah wujud dan dah teruji dengan duit sebenar.

Yang tinggal cuma bahagian burger.

Soalan yang abe mungkin ada

Ada yang RM200 sebulan je, kenapa ni lain?

Yang RM200 sebulan tu cash register. Ia rekod jualan. Ia tak beritahu abe patty hilang ke tak, dan ia tak boleh diubah ikut cara abe. Ini sistem abe sendiri, abe boleh minta apa-apa, bila-bila.

Sampai bila jam-jam ni?

Sampai abe cakap cukup. Abe boleh berhenti hujung mana-mana minggu. Kebanyakan kerja berat ada di awal; lepas kedai stabil, biasanya jadi sikit-sikit je bila ada benda nak tambah.

Saya tak reti guna benda canggih.

Sebab tu saya tak nak hantar abe manual tebal. Saya rakam video pendek tunjuk cara guna, abe tengok bila-bila, ulang berapa kali pun boleh. Kalau abe kena belajar lebih dari 10 minit, saya yang tersalah reka.

Abe tak datang kedai ke?

Tak. Semua saya buat dari jauh, dan itu yang buat saya boleh balas cepat. Benda rosak hari Isnin tak payah tunggu saya free hujung minggu. Abe WhatsApp saya, saya betulkan, abe cuba balik. Kalau ada benda betul-betul kena tengok, kita video call.

Kedai belum buka lagi, nanti dulu boleh?

Boleh. Tapi sebenarnya sebelum buka tu masa paling elok. Sistem naik serentak dengan renovation, staf belajar dari hari pertama, dan tak ada tabiat lama nak dibetulkan.

Kalau saya tak jadi buka 10 cawangan?

Tak apa. Sistem ni jalan elok dengan satu kedai. Bahagian 10 cawangan tu ada bila abe perlu, bukan benda yang abe kena bayar sekarang.

Kalau saya berhenti, data saya macam mana?

Data tu data abe. Jualan, stok, resipi, semuanya. Bila-bila abe minta, saya keluarkan dalam bentuk fail yang abe boleh buka sendiri, dan saya tak tahan apa-apa. Sistem ni dibina untuk kedai abe, bukan untuk ikat abe dengan saya.

Jom mula

Kalau abe rasa ni betul, tekan butang bawah ni dan saya terus mula.

Kalau ada apa-apa abe nak ubah atau tak faham, WhatsApp saya. Tak payah segan. Lagi banyak abe tanya sekarang, lagi kurang masalah kemudian.